Mohon dana pemadam api untuk tahfiz, SAR

DanaPA
- Advertisement -

SELURUH negara meratapi kesedihan ke atas peristiwa yang berlaku terhadap Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat.

- Advertisement -

Kejadian kebakaran yang menyayat hati dan memberi kesan kepada seluruh warga Malaysia ini, telah mengorbankan 23 orang pelajar tahfiz dan dua warden.

Jabatan Amal Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif segera, dalam meningkatkan keselamatan pusat tahfiz dan sekolah agama rakyat dengan menubuhkan Tabung Dana Wakaf Fire Extinguisher bagi diedarkan secara percuma kepada seluruh Maahad Tahfiz & Sekolah Agama Rakyat di seluruh Kuala Lumpur.

“Kita mengharapkan usaha kecil ini sekurang-kurangnya dapat membantu dan sebagai langkah pencegahan awal memadam kebakaran apabila berlakunya kebakaran di pusat tahfiz”

Menurut Tuan Rone Faizal Isnin, selaku Pengarah Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, program pengumpulan Dana Wakaf ini diharapkan akan mendapat sambutan yang hebat dari seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan.

Kos bagi sebuah Fire Extinguisher yang berkapasiti 9 Kg dan dilengkapi dengan Sijil Bomba adalah berharga RM100.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh berhubung dengan dua wakil daripada Jabatan Amal WP iaitu Tuan Sufi (013-7157526) dan Tuan Aqmal (013-7156799).

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke akaun rasmi Jabatan Amal WP seperti berikut :

Jabatan Amal Malaysia DPPWP
Bank Islam Malaysia Berhad
140 140 10 133695 – HARAKAHDAILY 4/10/2017

DanaPA

- Advertisement -