Laungan Umno: Letaklah gambar Dr Burhanuddin sekali

- Advertisement -

LAUNGAN hidup Umno bergema di sebuah sekolah rendah di Putrajaya.

- Advertisement -

Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) tanpa segan silu secara terbuka mempelawa guru-guru supaya menyertai Umno.

Dr Azman“Seorang teman memaklumkan, sekarang ini 70 peratus guru-guru di sekolahnya bukan penyokong Umno,” ujar AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.

Katanya, dengan Ku Nan mengajak para guru menyertai Umno secara terbuka, peratusan yang tidak menyokong Umno akan naik lagi kepada 80 peratus.

“Ku Nan ulang lagi insya Allah naik kepada 90 peratus. Ulang lagi insya Allah tinggal guru besar saja di sekolah tersebut yang sokong Umno,” katanya.

Menurutnya lagi, seorang tenaga pendidik di Putrajaya memaklumkan kepada beliau, trend menggunakan sekolah untuk program Umno sudah lama menjadi kebiasaan Ku Nan.

Tambahnya, mengikut pendidik itu lagi, kalau pertandingan hari merdeka memang sekolah-sekolah di Putrajaya akan meletakkan bendera dan gambar pemimpin Umno, pejuang kemerdekaan.

“Kalau letak gambar pejuang kemerdekaan, letaklah gambar Dr Burhanuddin al-Helmi sekali,” ujar Dr Azman.

Beliau berkata, PASTI yang merupakan institusi pendidikan PAS, tidak diajar pun anak-anak melaungkan slogan hidup PAS dan menyanyikan lagu PAS padahal PASTI milik parti sepenuhnya.

Katanya, Umno memang terdesak apabila hendak membuat program kerana orang tidak berapa mahu hadir kecuali ada 4T iaitu topi, token, transport dan t-shirt.

Tamabhnya lagi, tanpa 4T maka alamatnya kerusi akan lebih banyak daripada hadirin.

“Maka jalan terbaik adalah masuk ke sekolah yang dah sedia ada guru dan murid. Kemudian hantar surat kepada ibu bapa melalui murid-murid supaya hadir.

“Paksa mereka menyanyi lagu Umno dan melaungkan slogan hidup Umno! Sungguh ini perlakuan ahli politik murahan,” kata Dr Azman lagi. – HARAKAHDAILY 4/10/2017

- Advertisement -