Kempen Umno di sekolah, apa petandanya

- Advertisement -

UMNO sudah tidak laku di pasaran terbuka sehingga terpaksa jual Umno di sekolah rendah. Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung Umno, cuba hendak bawa nostalgia lama dengan menyeru guru-guru menyokong Umno.

- Advertisement -

IDRIS“Beliau fikir guru-guru ini boleh dicucuk hidung dan disuap dedak dan sagon. Mungkin ada seorang dua di sekolah itu yang menjadi pengampu kelas satu untuk hidup dan kepentingan sendiri bukan untuk memajukan sekolah,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, beliau percaya majoriti guru yang berada di sekolah muak dengan perangai pemimpin Umno seperti Tengku Adnan tetapi apakan daya tidak mampu untuk bersuara, mampu memberontak di dalam hati sahaja.

Tambahnya, tidak masuk akal guru yang cerdik dan mempunyai maklumat yang luas boleh menjadikan Umno sebagai wadah perjuangan mereka ketika rakyat menolak Umno.

Bahkan, ujar beliau masyarakat yang berada di pedalaman pun sudah menolak Umno.

Katanya, Umno hanya ada kuasa sahaja sementara roh perjuangan sudah hilang.

Menurutnya, pemimpin Umno hanya boleh guna kuasa dan wang untuk tarik sokongan tetapi tidak boleh membeli jiwa rakyat.

Beliau berkata, generasi muda pada hari ini yang ibu bapa mereka penyokong tegar Umno sudah beralih arah bersama dengan PAS kerana mereka yakin wadah yang tidak berpaksi kepada Islam tidak ke mana.

“60 tahun Umno memerintah, bukan satu jangka hayat yang singkat tetapi kualiti hidup rakyat semakin tertekan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang.

Katanya, pemimpin Umno hanya bergaduh sesama mereka kerana kek ghanimah semakin kecil, bukan kerana rakyat.

“Tubuh parti lain tetapi isi yang sama cuma botol dan label sahaja yang lain.

“Jom sejahtera bersama Islam melalui wadah PAS dan Gagasan Sejahtera,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 4/10/2017

- Advertisement -