Panas! Fastaqim 2.0, Catatan Dhuha difitnah

FitnahFast
- Advertisement -

ADA orang yang kepanasan kejayaan Fasfaqim 2.0. Sanggup buat catatan Dhuha palsu. Akaun FB  palsu. Saya tidak  ada Akaun FB dan whatsapp yang nama Yb Ustaz Idris. Cuba reka cerita yang bukan-bukan  mengenai fastaqim. Kalau Catatan Dhuha pun boleh puak-puak ini fitnah. Lepas ini banyak lagi fitnah yang lebih dahsyat akan direka.  

- Advertisement -

FitnahFastMemang tidak ada kerja, siang malam fitnah PAS. Dedak dan sagon ada orang bagi. Lagi kuat fitnah, lagi banyak dapat dedak dan sagon. Teruskan kerja fitnah kamu, sementara jari boleh nampak gajet lagi. Mereka hendak  padam cahaya perjuangan PAS, insya-Allah tidak mampu selagi PAS berpegang dengan Islam. Jika umur kita panjang kita akan saksikan pengakhiran hidup mereka.

Pedih mata melihat sokongan anak muda yang tidak makan dengan fitnah. Golongan  profesional tidak lari malahan semakin dekat dengan PAS. Mereka orang yang tidak ambil maklumat daripada orang yang fasiq dan musyrik. Mereka selidik dahulu. Maka fitnahlah jalan yang terbaik untuk mereka.

Terlalu sakit hati maka mereka kata berhimpun ramai pun kalah juga, jawab saya, kalau ramai pun mereka kata kalah maka sedikit sah kalah ketika dhuha lagi.

Golongan yang tidak hairan mengenai dosa dan neraka. Biar mereka fitnah semahunya. Larang semacam suruh. Hukum yang jelas pun mereka auta. Apa sangat dengan fitnah macam ini. Ayat Allah telah peringatkan tipu daya mereka akan kembali kepada mereka balik. Bermaksud; “Tidaklah tipu daya mereka akan kembali kepada mereka balik”. (Fatir; ayat 43). – HARAKAHDAILY 2/10/017

- Advertisement -