Antara derma Fastaqim dengan tabung derma Jumaat

- Advertisement -

TERENGGANU Times yang menjadi lidah Umno Terengganu sibuk kononnya Fastaqim hanya program untuk kutip derma. Berpuluh-puluh tong derma ada.

- Advertisement -

Saya nak maklum bahawa bukan setakat berpuluh tong derma yang ada malah beribu pemungut derma telah bertugas terutama pada malam kemuncak untuk menerima derma yang disumbangkan oleh ratusan ribu peserta himpunan. Jangan terkejut kalau saya bagitahu, ahli dan penyokong PAS akan kecewa kalau pengutip derma tak sampai ke tempat mereka berada.

Orang PAS sama ada pemimpin dan ahli telah diasuh bahawa mereka adalah sebahagian dari binaan Gerakan Islam yang bernama PAS. Dana untuk kelangsungan perjuangan ini ada dalam poket kami semua. Jatuh bangun perjuangan ini adalah tanggunjawab kami. Masing-masing menyumbang dengan kadar yang mampu. Ada yang bagi seringgit, sepuluh ringgit, seratus ringgit, seribu, sepuluh ribu malah ada yang bagi ratusan ribu. Sumbangan ini adalah satu perniagaan dengan Allah yang sama sekali tak akan rugi. Orang PAS tak tunggu kaya untuk menyumbang.

Sumbangan adalah untuk menampung pelbagai keperluan dan gerak kerja parti. Bukan untuk kegunaan mana-mana individu. Pimpinan PAS tak ada terima elaun sama ada elaun bulanan, elaun mesyuarat, elaun minyak atau elaun penginapan.

Saya dipertanggungjawabkan dalam parti sebagai Pengarah DUN Jabi, Timbalan YDP Setiu, AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Untuk semua jawatan ini, tak ada walau satu sen elaun yang diterima. Begitu juga pimpinan lain yang memikul tanggungjawab lebih besar. Minyak kereta sendiri dan tiket pengangkutan beli sendiri. Kalau program memerlukan penginapan, kami bayar sendiri.

Sangat jahat tuduhan yang kata pemimpin PAS bermewah dengan wang derma ahli. Pimpinan hulur derma, ahli pun sama menghulurkan derma. Selalu orang fitnah, ahli yang dipaksa derma, pemimpin pula yang kenyang.

Dalam melaksanakan kerja-kerja perjuangan Islam yang sangat banyak, wang bukan segalanya walau sekarang ini banyak perkara perlukan wang. Umno memang tak kutip derma sebab mereka dah kutip komisyen dengan nilai puluh ribu, ratus ribu atau juta!

Derma bukan paksaan dan masing-masing bagi sekadar mampu lalu kenapa Umno nak sibuk? Orang Umno pesen ini bila pergi masjid hari Jumaat mungkin mereka terfikir, ini nak sembahyang Jumaat atau nak kutip derma bila tengok banyak tong derma dalam masjid.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
2 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 2/10/2017

- Advertisement -