Walau difitnah PAS tidak sendirian hadapi PRU 14

- Advertisement -

MENJELANG Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) PAS bakal berdepan dengan fitnah yang maha dahsyat.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Shamsury Ahmad berkata biarpun difitnah hebat PAS tidak bersendirian bagi menghadapi PRU tidak lama lagi.

Katanya, ia dibuktikan dengan himpunan Fastaqim yang bukan sekadar himpunan politik.

Sebaliknya kata beliau himpunan Fastaqim membuktikan PAS tidak bersendirian bagi menghadapi PRU.

“PRU 14 akan tiba pada bila-bila masa dari sekarang. Fitnah yang maha dahsyat akan terus dilakukan terhadap PAS,” katanya himpunan malam akhir Fastaqim malam ini.

Presiden Kongres Rakyat, Azmi Abdul Hamid pula berkata, PAS kekal menjadi pilihan rakyat kerana terus istiqamah dengan prinsip perjuangan.

Katanya, prinsip PAS tidak pernah berubah biarpun pemimpin silih ganti.

Naib Presiden PCM, Datuk Huan Chong Guan berkata, PAS lebih baik 1,000 peratus berbanding dengan DAP.

Katanya, DAP terkenal sebagai parti yang suka membuli pihak lain. – HARAKAHDAILY 30/9/2017

- Advertisement -