Ucapan Presiden PAS bersama NGO

Kita jangan merasa pelik bila NGO-NGO dan perjumpaan yang seperti ini. Kerana hubungan semua pihak dengan politik dan semua situasai ini adalah laksana mata rantai yang tak boleh diputuskan. Walaupun mereka tak terlibat dengan politik, akan menerima kesan dan padahnya yang sama, sebarang reaksi, situasai yang berlaku dengan politik.
 
PAS mengajak semua pihak supaya berpijak di atas landasan realiti dan situasi di Malaysia untuk membina landskap politik negara dengan melihat peranan Islam, peranan umat Islam yang tak boleh dipinggir sekali-kali, walaupun kita menghadapi wujudnya masyarakat majmuk. Kerana sejarah dan demografi negara kita meletakkan kedudukan Islam dan umatnya sangat penting. Sepatutnya semua pihak menghormati ruang yang diberi oleh Islam yang tak ada pada idealogi dan ajaran yang lain, dan di atas nama kemanusiaan. Ini sudah digambarkan wajah dalam kontrak sosial yang saya tulis dalam Harakah, merupakan perjanjian di antara kerajaan dengan rakyat, mencetuskan Perlembagaan Negara. Ini acuan.
 
Walaupun pada masa itu PAS ada satu kerusi pada masa itu kerana PAS menyertai Pilihan Raya Umum 1955 pra-Kemerdekaan. Parti lain belum lahir ke dunia. Kita dah ada pada masa itu. Kita bertanding dan menang satu kerusi daripada 52 kerusi. Yang lain adalah Perikatan, Umno, MCA dan MIC parti lain tak ada lagi. PAS terlibat dengan NGO-NGO Islam, sudah ada NGO di masa itu, menyediakan memorandum, dan juga disambung oleh kalangan Islam yang ada dalam Umno juga. Jangan kita nafikan. Ini diminitkan Suruhanjaya Reid, boleh rujuk dalam agenda tersebut.
 
Yang berakhir dengan Suruhanjaya Reid menerima untuk diletakkan dalam Perlembagaan asas-asas yang penting, Islam adalah Agama Persekutuan. Dalam masa yang sama menerima kebebasan penganut agama lain. Ini perkara yang sangat penting. Bezanya PAS dengan pihak lain, PAS mahu terjemahkan Islam itu berdasarkan kepada kaedah yang sebenar. Islam, Quran dan Sunnah, yang berbeza dengan takrif ‘religion‘, takrif agama dalam bahasa lain. Ini mesti dihormati.
 
Hari ini kita sedang menyaksikan kegagalan idealogi, agama dan sistem yang lain, mencetuskan masalah politik, ekonomi dan sosial yang tak perlu saya huraikan panjang. Maka PAS mengajak kita semua kembali kepada Islam sebagai satu penyelesaian. Walaupun PAS terpaksa menghadapi pertembungan dengan pihak lain yang tak mahu menerima. Di sini diletaknya istiqamah yang wajib ditegakkan oleh PAS, diperintah oleh Quran:
 
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا 
(Hud: 112)
 
Mesti beristiqamah.
 
Para ulama Tafsir mengatakan istiqamah itu ialah tegak di atas akidah dan syariat dengan kita mengetahui ada jadual, bukan spontan, bukan gopoh. Kita berbeza dengan mereka yang tidak faham, yang bersemangat Islam, berbeza dengan yang lain. Dan PAS menerima demokrasi, walaupun demokrasi adalah Barat, tetapi konsep demokrasi merupakan yang paling tepat dengan ajaran Islam, yang membolehkan nasihat dan mesyuarat, menggalakkan kebebasan bersuara, hak rakyat dan pemimpin.
 
Walaupun di sana ada perbezaan kerana perbezaan akidah, tetapi terdapat konsep-konsep dan ruang yang boleh kita masuk. Dengan sebab itu PAS terus menghormati demokrasi walaupun kita kalah, menang, pernah memerintah Terengganu tahun 1959, dirampas kerajaan kita, memerintah Kelantan, dirampas kerajaan kita tahun 1978. 
 
Kita memilih demokrasi juga, tak turun jalan raya. Turun jalan raya pun ada adab kita, lain dengan orang lain, memilih demokrasi. Dan terus memilih demokrasi, kita kembali lagi di Kelantan, kembali dengan jatuh di Terengganu, Kelantan terus sampai sekarang, terus memilih demokrasi. Ini konsisten kita dengan kekuasaan politik negara yang mesti difahami oleh semua pihak.
 
Dan kita tak boleh dipergunakan oleh orang. Saya baca dalam internet, kajian-kajian dibuat, pergolakan berlaku dalam dunia, ‘start‘ dengan kejatuhan Komunis di abad yang lalu. Sehingga campur tangan di negara umat Islam, melibatkan kalangan politik Barat, agen CIA, kalangan …  dan lain-lain yang berbelanja besar untuk membuat perubahan kerajaan di atas nama demokrasi dan kebebasan, menentang kezaliman. Perkara itu ada, tetapi Saidina Ali pernah berkata:
 
“Kalimahnya benar, tapi mereka yang ada tujuan kebatilan.”
 
(Iaitulah mereka yang mahu) merosakkan negara. Maka PAS konsisten dalam menghayati demokrasi. 
 
 
(Suntingan transkrip oleh Penolong Pengarang Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari ucapan pada Majlis Makan Malam dan Dialog Bersama NGO-NGO Sempena Fastaqim 2.0 di KT Golf Resort, Kuala Nerus, 29 September 2017)