Fastaqim buka rezeki pada peniaga

- Advertisement -

KEHADIRAN orang ramai yang hampir mencecah 100,000 orang pada program Fastaqim 2.0 yang bermula semalam, memberi khabar gembira buat peniaga.

- Advertisement -

Sebahagian besar peniaga, khususnya kedudukan mereka yang begitu strategi jualan mereka laku dijual, terutama makanan.

Selain makanan, turut dijual di tapak fastaqim ialah pakaian, cenderahati, kemeja T khas Fastaqim 2.0, insuran, peralatan telefon, produk kesihatan dan lain-lain.

HafizHafiz Ibrahim, ketika ditemui memberitahu, kemeja T Fastaqim 2.0 yang dijualnya mendapat sambutan hangat.

Katanya, lebih 2,000 helai kemeja berkenaan dengan pelbagai corak dijual pada orang sempena program itu.

“Alhamdulillah, sehingga kini hanya tinggal beberapa ratus helai sahaja lagi. Harga yang ditawarkan antara RM25 hingga RM45,”ujarnya.

Katanya, walaupun bekalan elektrik terputus malam tadi, namun tidak menjadi masaalah untuk orang ramai membeli, memandangkan beliau menyediakan generator sendiri.

Sementara itu, Noriah Mat seorang peniaga air dari Kedah melahirkan rasa syukur kerana jualannya juga laris.

Sebanyak lapan jenis air yang diniagakan di situ.

Seorang peniaga pakaian, Syawal Nordin, 21 juga mengakui sambutan orang ramai terhadap gerai jualannya begitu baik.

Menurutnya, bermula semalam orang ramai telah memasuki gerainya untuk membeli-belah.

“Kami menyediakan pakaian untuk muslimin dan muslimat, pakaian biasa-biasa saja, ringkas, tetapi ramai yang berminat,”ujarnya dari Marang.

Beliau sering turun ke negeri-negeri lain untuk berniaga khususnya menerusi program besar seperti ijtimak atau fastaqim.

AFuadAhmad Fuad Darus, 49, mengakui tidak menang tangan untuk melayan pelanggan khususnya pada waktu kemuncak.

Bagaimanapun katanya, dengan dibantu empat orang keluarga terdekat menjadikannya lapan orang, ia dapat diatasi dengan baik.

Beliau yang berasal dari Jitra Kedah, memberitahu semua program besar beliau ikuti untuk mencari rezeki.

Turut membantunya, isteri Ruziah Hashim, 45.

Katanya, selain air, ada juga makanan untuk memberi kemudahan pada orang ramai sama ada untuk bersarapan atau makan malam.

“Alhamdulillah, setakat ini semua program yang saya ikuti mendatangkan hasil jualan yang memuaskan,”ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/9/2017

- Advertisement -