Pentas dakwah gamit pengunjung Fastaqim

KUALA NERUS: Slot santai bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zul Handy Black dibawah kendalian Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman menarik perhatian pengunjung Fastaqim 2.0 dengan pengisian santai tetap berimpak.
 
Turut bersama dalam slot tersebut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menerapkan beberapa perkara utama antaranya keperluan istiqamah yang mesti ada diri seorang Muslim.
 
Ustaz Azhar juga turut berkongsi beberapa dalil dan kisah berkaitan golongan istiqamah sebagai nilai tambah memahami pengertian istiqamah yang dimaksudkan.
 
Fastaqim 2.0 telah menyusun beberapa aktiviti bermula seawal jam 3 petang bahkan gerai-gerai jualan telah mula beroperasi sekali gus memberi peluang kepada peniaga menambah pendapatan dengan kedatangan pengunjung seluruh negara.
 
Panggilan ‘Big Bos’ yang cukup dikenali kepada Ust Azhar oleh masyarakat Terengganu berjaya membina gelombang luar biasa bagi memeriahkan Fastaqim petang tadi. – HARAKAHDAILY 29/9/2017