Ahli DHPP diseru hadir Fastaqim

- Advertisement -
KUALA NERUS: Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), diseru turun memeriahkan program Fastaqim 2.0 yang bermula hari ini.
 
Ketuanya, N Balasubramaniam ketika ditemui berkata, program ini adalah imej kekuatan himpunan pembangkang sebenar sebelum PRU 14.
 
Beliau yang datang sejak awal lagi memberitahu, program ini amat wajar disokong kerana ianya menyatukan masyarakat untuk keamanan walaupun dianjurkan oleh PAS.
 
Katanya, ketika masalah negara yang semakin tenat ini, hanya PAS tempat rakyat bergantung harap.
 
“Kami ucapkan terima kasih pada pucuk pimpinan kerana turut menjemput kami.
 
“Saya pula menyeru ahli-ahli DHPP seluruh negara turun berkampung di sini untuk sama-sama memeriahkannya,” ujarnya.
 
Menurutnya, program yang dianjurkan untuk Fastaqim 2.0 ini juga begitu menarik berbanding sebelum ini.
 
Sambungnya, mungkin kerana kawasan yang luas, pelbagai program telah ditambah. – HARAKAHDAILY 29/9/2017
 
- Advertisement -