Mehnah Fastaqim 2.0, pemimpin tangani dengan matang

- Advertisement -

KEKALKAN fokus kita untuk kejayaan Fastaqim 2.0. Ada sedikit sebanyak mehnah dan cabaran adalah kerana Allah nak bagi kepada petugas kita pahala bonus. Semua penat lelah dan pengorbanan kita tak akan sia-sia di sisi Allah.

- Advertisement -

azmanTambahan pula penganjuran sebuah program saiz mega dengan sasaran ratusan ribu peserta seperti Fastaqim 2.0 bukanlah suatu yang mudah. Alhamdulillah, pengalaman PAS Terengganu menjadi tuan rumah kepada pelbagai himpunan mega seperti PGU, HARAP-PGU, Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah dan pelbagai lagi himpunan menghadirkan pengalaman yang sangat mahal kepada petugas parti. Kita tak kekok berhadapan dengan sedikit sebanyak halangan dan rintangan.

Tak semua yang kita rancang akan berjaya. Unit Kebajikan dan Kecemasan Fastaqim 2.0 yang diamanahkan kepada saya untuk mengendalikannya, awalnya kita rancang untuk menjemput Tabung Darah HSNZ datang buat kempen derma darah. Walaupun saya sangat yakin dan meyakinkan mereka bahawa orang PAS yang hadir ke Fastaqim 2.0 akan beramai-ramai menderma darah lalu hasilnya pihak Tabung Darah HSNZ akan mendapat faedah besar. Sambil bergurau saya kata, darah pengunjung Fastaqim 2.0 adalah darah orang baik-baik. Tapi akhirnya ada halangan tertentu sehingga mereka membuat keputusan untuk tak datang bersama Fastaqim. Tak ada masalah bagi kita, lain kali kita jemput lagi.

Perkara sebegini biasa saja. Hari ini bendera PAS atas Jambatan Sultan Mahmud kena buang. Alhamdulillah, pimpinan dan petugas kita dapat menangani isu ini dengan matang dan bijaksana tanpa sebarang ketegangan.

Bagi pihak Unit Kebajikan dan Kecemasan Fastaqim, kita bersedia dengan klinik medan, 2 buah ambulans yang diletakkan dalam keadaan bersedia 24 jam sepanjang program, 12 orang pegawai perubatan dan 89 anggota Kor Amal Medik Jabatan Amal Malaysia sebagai persiapan berhadapan dengan situasi kecemasan dan kesihatan.

Bersama kita fokus dengan matlamat Fastaqim 2.0 untuk membentuk gelombang hijau menuju kemenangan.
Allahu Akbar!

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
Ketua Unit Kebajikan dan Kecemasan Fastaqim 2.0 – HARAKAHDAILY 28/9/2017

- Advertisement -