Rohingya: Wisma Putra perlu konsisten, buktikan komitmen

- Advertisement -

PAS dengan tegas meletakkan isu Rohingya ini adalah merupakan isu yang memerlukan satu “tindakan berkesan” dari kerajaan Malaysia dan seluruh kerajaan ummat Islam di dunia ini

- Advertisement -

nasrudinJusteru itu, Ketegasan Wisma Putra yang berani mengambil sikap tidak bersetuju dan menolak kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi ASEAN berhubung isu kemanusiaan di Myanmar adalah amat dialu-alukan.

Selayaknya, ASEAN mesti bersama dengan masyarakat antarabangsa memberikan tekanan yang kuat dan berterusan kepada Kerajaan Myanmar bagi segera memberhentikan penindasan ke atas etnik Rohingya di Arakan.

Namun dalam masa yang sama, Malaysia tidak boleh sekadar berkecuali daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi ASEAN itu. Sebaliknya Malaysia mesti menunjukkan komitmen sebenar dalam isu ini dengan merintis suatu pelan tindakan bersama peringkat nasional dan global agar menjadi teladan kepada negara-negara anggota ASEAN yang lain.

Untuk itu, PAS buat kesekian kalinya menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia perlu:

   1. Segera mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi memuktamadkan tindakan yang wajar diambil oleh kerajaan.

   2. Memberikan kata dua kepada Kerajaan Myanmar dan tekanan diplomatik yang selayaknya.

   3. Menganjurkan mesyuarat tergempar dengan negara-negara yang mempunyai pendirian yang sama dengan Malaysia dalam isu ini untuk mengambil langkah bersama yang efektif dalam menangani penderitaan Rohingya.

Saya percaya, kita semua boleh berganding bahu untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dalam isu ini.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
5 Muharram 1439 / 26 September 2017 – HARAKAHDAILY 26/9/2017

- Advertisement -