Fastaqim 2.0: Pemimpin PAN mulai gelabah

- Advertisement -

BIAR pun ada pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) seperti cuba mempersendakan Himpunan Fastaqim 2.0, namun semangat ahli dan penyokong PAS untuk hadir pada program itu begitu tinggi.

- Advertisement -

ZAILAHKetua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Fastaqim 2.0 akan menjadi medan persiapan untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-14.

“Fastaqim menjadi peluang terbaik bagi ahli dan penyokong PAS di seluruh negara hadir bagi memperlihatkan pengaruh PAS yang tidak pernah surut,” katanya di Kota Bharu.

Fastaqim 2.0 akan diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu pada Jumaat dan Sabtu ini.

Semalam, ada pemimpin PAN dilapor menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ‘mengarut’ apabila menggesa ahli PAS hadir ke perhimpunan Fastaqim 2.0.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang berkata, pemimpin PAN mulai menggelabah dengan semangat juang tinggi ahli dan penyokong PAS. – HARAKAHDAILY 26/9/2017

- Advertisement -