Futsal semarak kempen Fastaqim Sarawak

- Advertisement -
BATANG LUPAR: Semangat Himpunan Fastaqim 2.0 turut bersemarak ke Malaysia Timur yang menanti detik penganjuran itu di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu pada 30 September depan.
 
Pertandingan Futsal Tertutup PAS Sarawak telah diadakan sebagai sebahagian kempen pra Fastaqim yang dilangsungkan di Kampung Tambak, Pusa, di sini hari ini.
 
Sebanyak 12 pasukan telah menyertai pertandingan penuh semangat kesukanan itu yang menyaksikan Vamos FC muncul juara setelah menewaskan Pronto FC di perlawanan akhir.
 
Pertandingan tersebut juga telah meningkat dan mengeratkan lagi hubungan PAS dengan masyarakat di Bumi Kenyalang itu.
 
Program tersebut telah dirasmikan Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Jofri Jaraiee, manakala penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo. – HARAKAHDAILY 23/9/2017
- Advertisement -