Hijrah: Kekuatan gerakan dengan perancangan terbaik

- Advertisement -

SEJARAH penghijrahan Rasulullah SAW membawa satu intipati penting untuk dihayati bersama bahkan ia merupakan satu gambaran terbaik dalam menguruskan sebuah organisasi.

- Advertisement -

PerakPeristiwa agung dengan berlaku pusat aktiviti dakwah Nabi sehingga membawa kepada pembentukan sebuah negara Islam di Madinah. Baginda menjadi ketua urusan agama, sekaligus pemimpin negara nombor satu yang kemudiannya diteruskan dengan pemerintahan Khulafa’.

Hijrah menjadi penanda aras utama bagi membentuk sebuah model negara Islam yang diasaskan sendiri dengan syariat Islam. Kerajaan ini diteruskan sehingga 13 kurun lamanya sehingga jatuh secara rasmi pada 3 Mac 1924 pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniah.

Kejayan hijrah tidak digerakkan hanya dengan sebatang tubuh Rasulullah SAW semata-mata namun sebaliknya ia dilaksanakan bersama jentera dari pelbagai latar belakang serta memainkan peranan masing-masing.

Perancangan yang disusun baginda Rasulullah SAW dengan penuh teliti bahkan peranan setiap individu diletakkan sesuai untuk kemampuan mereka sehingga berjaya melakar sejarah besar dalam Islam.

Rasulullah SAW mengutamakan gerakan secara berjemaah serta memberikan sepenuh kepercayaan dalam memastikan matlamat utama mampu dicapai dengan mengikut segala perancangan yang disusun bersama.

Sempena dengan kedatangan tahun Hijrah yang baru, ayuh semua pendokong dan penyokong Islam kita lakukan anjakan paradigma bersama bagi melihatkan Islam diamalkan dalam kehidupan masyarakat sehingga kita bertamu di syurga Allah SWT kelak.

Salam Hijraturrasul.

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
1 Muharram 1439/22 September 2017 – HARAKAHDAILY 22/9/2017

- Advertisement -