Wayang pacak di Festival Kelantan 2017

- Advertisement -

TAYANGAN wayang pacak yang memaparkan cerita-cerita pendek berkaitan budaya masyarakat tempatan akan diketengahkan sempena Festival Kelantan 2017.

- Advertisement -

Selain itu pameran Malaysia Comics And Collectables Fair, persembahan kebudayaan, permainan dan sukan ekstrem dan jualan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, program berkenaan merupakan usaha kerajaan negeri menarik pelancong ke Kelantan.

“Setiap kali festival Kelantan diadakan dianggar seramai 20,000 sehingga 30,000 orang hadir pada festival tersebut,” katanya di sini semalam.

Turut pada sidang media berkenaan, Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin dan Ketua Penolong Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Azman Md Dahan.

Festival yanga berlangsung selama 10 hari itu diadakan bermula 28 September sehingga 7 Oktober 2017, dibuka 10 pagi sehingga 11 malam. Ia akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV. – HARAKAHDAILY 21/9/2017

- Advertisement -