Calon perjuang isu rakyat jadi pilihan

- Advertisement -

BAGI mencapai misi mengembalikan semula Terengganu ke pangkuan PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, parti itu menyediakan calon ‘winnable candidate’ untuk menang.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata, calon-calon PAS yang bakal ditampil antaranya berkemampuan memperjuangkan isu-isu rakyat.

Katanya, sebahagian besar rakyat meletak harapan tinggi kepada PAS untuk mengembalikan kejayaan seperti PRU 1999.

“Besar harapan semua pihak terhadap PAS untuk kembali mentadbir Terengganu pada PRU akan datang.

“Bagi memenuhi kehendak itu PAS menyediakan calon-calon pilihan rakyat. Selain itu kita menyediakan draf pelan induk Terengganu sehingga tahun 2030,” katanya kepada media di Kuala Terengganu.

Menurutnya juga berdasar kajian dan realiti politik semasa sekarang, suasana positif menyebelahi PAS.– HARAKAHDAILY 21/9/2017

- Advertisement -