Muslimat PAS Terengganu lapor polis

- Advertisement -

DEWAN Muslimat PAS Negeri Terengganu juga tampil membuat laporan polis terhadap peguam Siti Kasim dan David Orok yang dianggap mempersendakan Islam.

- Advertisement -

Ketuanya, Zarani Othman berkata kedua-dua individu terbabit mempermainkan akidah dan kepercayaan umat Islam.

“Kami Dewan Muslimat PAS Terengganu amat mengharapkan pihak yang berautoriti mengambil tindakan.

“Antaranya pihak terbabit boleh berjumpa Siti Kasim dan David Orok bagi mendapat penjelasan mereka kerana ia melibatkan soal aqidah,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap individu terbabit di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kuala Terengganu, semalam.

Siti Kasim sebelum ini dilaporkan menganggap ibadah korban sebagai jenayah dan tindakan Nabi Ibrahim sebagai satu dosa.

David Orok pula memuatkan dalam laman sosialnya bahawa Nabi Ismail anak luar nikah hasil hubungan Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar. – HARAKAHDAILY 19/9/2017

- Advertisement -