Mufti usah perlekeh sekolah tahfiz – NGO

- Advertisement -

BIARPUN ramai tahu sebahagian besar sekolah tahfiz yang diurus pihak persendirian kurang sempurna, namun ibu bapa tetap juga memilih sekolah terbabit.

- Advertisement -

DrZulYaacobIni kerana ibu bapa era pascateknologi sedar mereka amat memerlukan pendidikan agama kepada anak sebagai benteng akidah menghadapi ancaman global.

Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, kesedaran kepada agama menyebabkan pusat pengajian tahfiz berkembang pesat sekarang.

Bagaimanapun malang ada tokoh agama yang berstatus mufti seperti memperlekehkan pusat pengajian tahfiz.

“Sesiapa pun boleh membuat komentar terhadap kejadian yang berlaku terhadap beberapa sekolah tahfiz termasuk gagal patuhi piawai keselamatan.

“Sepatutnya kita tampil membantu kerana ada pusat pendidikan tahfiz dan pondok kekurangan dana, fasiliti dan sumber kewangan tidak mencukupi,” katanya di Kota Bharu.

Baru-baru ini Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilapor berkata, mahaad tahfiz di mana-mana saja tidak memenuhi syarat, namun kerana sentimen agama pihak berkuasa takut hendak ambil tindakan. – HARAKAHDAILY 19/9/2017

- Advertisement -