Pesta arak: Tindakan DBKL sangat tepat

- Advertisement -

TAHNIAH diucapkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di atas keputusan tidak membenarkan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’.

- Advertisement -

Dr AzmanAJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, ia suatu keputusan yang sangat tepat dan mengambil kira kepentingan masyarakat.

“Kita perlu tampilkan imej kepada dunia bahawa negara kita memiliki masyarakat yang bertamadun. Jangan fikir kita akan kelihatan moden dan maju dengan menganjurkan pesta arak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, manusia yang tidak menghargai akal adalah lambang kekolotan pemikiran kerana fitrah manusia normal tentunya tidak boleh menerima perlakuan manusia yang mabuk berjalan terhoyong-hayang, muntah merata-rata, memandu dengan membahayakan orang lain serta perlakuan seks bebas dalam keadaan mabuk.

Tambahnya, pengharaman arak telah diisytiharkan oleh pemilik bumi ini sejak lebih 1,400 tahun yang lalu.

“Maka jangan kita undang kemurkaan Tuhan Rabbul Jalil dengan menentang larangan Allah secara penuh keangkuhan.

“Semoga para pegawai DBKL yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan pengharaman ini dirahmati Allah atas satu keputusan yang menghindarkankan mudharat kepada masyarakat ramai,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/9/2017

- Advertisement -