Pelaburan KWSP di negara bukan Islam patuh syariah?

- Advertisement -

DEWAN Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa KWSP menjelaskan bentuk pelaburannya di sesebuah negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat.

- Advertisement -

Menurut Ketuanya Shahir Adnan perkara ini perlu dijelaskan memandangkan kebanyakan pencarum KWSP yang menyimpan di dalam simpanan syariah.   

“Kita perlu mengambil pendekatan berhati-hati di dalam pelaburan di negara bukan Islam. Penjelasan perlu diberikan oleh pihak KWSP supaya tidak berlaku kekeliruan,” katanya kepada Harakahdaily.

Malah beliau turut menggesa KWSP menjelaskan ‘keadaan kesihatan’ KSWP pada suku ketiga 2017 setelah mencatatkan kerugian lebih RM200 juta apabila menjual saham milik KWSP dalam Felda Global Ventures Holding Berhad pada akhir tahun lepas.

Katanya, penjelasan ini penting untuk memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat Malaysia yang penjadi pencarum kepada KWSP.

Beberapa hari yang lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat setelah menerima undangan Presiden Donald Trump.

Perdana Menteri mengumumkan akan melabur sehingga USD4 Billion (RM16.76 Billion) di pasaran Amerika Syarikat menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Untuk rekod, KWSP sememangnya melabur di luar negara dan ini bukanlah sesuatu yang baru.

Jelas Shahir, konsep pelaburan di luar negara tidak boleh disalahertikan dan dicampuradukkan dengan konsep pembangunan di Malaysia.

Tambahnya, pelaburan berasaskan konsep ‘don’t put all your eggs in one basket’ dan ‘diversity in investment’.

Lagipun katanya, Amerika Syarikat adalah gergasi ekonomi dunia di mana peluang terbuka luas untuk pelaburan dalam syarikat bertaraf dunia.

“Facebook yang anda semua gunakan sekarang pun adalah syarikat yang didaftarkan di Amerika.

“Pulangan keuntungan daripada pelaburan inilah yang akan memberikan faedah kepada semua pencarum KWSP di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/9/2017

- Advertisement -