Adun Titi Serong gerak bantuan ribut banjir

- Advertisement -
PARIT BUNTAR: Kejadian ribut dan hujan berterusan hingga mengakibatkan kerosakan rumah dalam telah mendapat perhatian Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussien yang mengadakan lawatan bertemu mangsa terlibat.
 
Dianggarkan sekitar 20 rumah terlibat melibatkan beberapa penempatan seperti Kampung Sungai Baru, Kampung Batas Raja, Parit Haji Wahab dan Tanjung Piandang.
 
Sehubungan itu, pihak beliau telah menggerakkan operasi bantuan bencana alam (banjir) di sekitar pekan Parit Buntar antaranya di Taman Kerian, Taman Kerian Tambahan dan Taman Setia Jaya pada 15 September semalam.
 
“PAS telah melawat serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlibat di Kampung Batas Raja dan beberapa mangsa lain.
 
“Jabatan Amal memberikan kerjasama yang baik dalam operasi bantuan membaiki rumah dilanda ribut dan pokok tumbang.
 
“Pusat Khidmat Dun Titi Serong akan terus membuat pantauan sekiranya berlaku insiden dan memerlukan bantuan agar dapat meringankan beban mereka yang terlibat,” ujarnya.
 
Ustaz Abu Bakar turut menasihatkan penduduk untuk peka pada keadaan cuaca sepertimana yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. – HARAKAHDAILY 16/9/2017
- Advertisement -