Papisma anjur seminar isu perubatan Islam

- Advertisement -

PERTUBUHAN Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) cawangan Terengganu menganjur persidangan Nusantara Isu-Isu Perubatan Menurut Perspektif Islam 2017.

- Advertisement -

Persidangan Nusantara 2.0 merupakan kesinambungan siri penganjuran pertama di Kota Bharu, Kelantan pada 2015.

Seramai 500 peserta menyertai sesi prapersidangan nusantara dan bermula hari ini hingga 17 September.

Pengerusi Persidangannya, Awisul Islah Ghazali berkata bengkel prapersidangan nusantara diadakan di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak.

Manakala persidangan utama pula diadakan di Dewan Konvensyen Hotel Tabung Haji, Kuala Terengganu.

“Bengkel prapersidangan nusantara membincangkan mengenai khitan dan tahnik, fikah wanita dan teori serta praktis akupuntur.

“Pada sebelah malam diadakan Forum Bicara Mufti dengan tajuk ‘Perubatan Merentasi Zaman’ di Masjid UniSZA, Gong Badak,” ujarnya pada sidang media hari ini.

Katanya, penganjuran persidangan yang itu berkonsepkan kerjasama antara NGO Kesihatan termasuk Papisma, universiti, Jabatan Agama dan Persatuan Perawatan Komplementeri.

Awisul Islah juga berkata, matlamat utama persidangan itu mewujudkan kesedaran dan kefahaman menyeluruh kaedah perubatan yang selaras dengan syariat Islam. – HARAKAHDAILY 15/9/2017

papisma

- Advertisement -