DMPP harap Halimah pegang panduan Islam

halimah
- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), mengucapkan sekalung tahniah kepada Halimah Yacob yang dipilih sebagai Presiden baharu negara Singapura.
 
Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Salleh  berharap pelantikan Halimah itu akan menjadi contoh yang unggul kepada dunia.

{mprestriction ids=”1,2,4″}

- Advertisement -

Katanya, DMPM tidak mahu penghormatan yang diberikan kepada Halimah  itu dijadikan fitnah yang boleh merosakkan kepimpinan wanita  muslim di abad ini.
 
Beliau juga berharap tokoh wanita tersebut dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya.
 
“Semoga beliau dapat berbakti  kepada rakyat dan negaranya dengan cemerlang,” katanya.
 
Nuridah berkata, dengan pelantikan itu diharapkan Halimah dapat berpegang dengan panduan Islam dalam mengurus setiap urusan sama ada peribadi, keluarga, masyarakat, negara serta dunia.
 
“DMPM juga doakan semoga Singapura akan lebih maju dan bermanfaat kepada rakyatnya dan negara jiran tetangga di bawah kepimpinannya,” katanya lagi.
 
Halimah yang merupakan bekas Speaker Parlimen Singapura dilantik sebagai presiden Singapura, 13 September lalu.
 
Beliau adalah orang Melayu pertama menyandang jawatan Presiden Singapura.
{/mprestriction}
 
 
- Advertisement -