Muslimat PAS juga lapor polis

- Advertisement -

DEWAN Muslimat PAS Kelantan turut membuat polis terhadap peguam Siti Kasim dan pemimpin pembangkang Sabah, David Orok di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

- Advertisement -

Laporan polis itu dibuat Timbalan Ketua Muslimat Negeri, Wan Ubaidah Omar jam 9.30 pagi tadi.

Turut hadir Senator Khairiah Mohamed, Muslimat Legal Team, anggota-anggota Jawatankuasa Muslimat PAS negeri, Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Machang.

Wan Ubaidah berkata, laporan itu dibuat memandangkan kenyataan Siti Kasim dan Orok merupakan dakyah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

“Status Facebook dipercayai milik Siti Kassim baru-baru ini memberi tafsiran menyesatkan mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail,” katanya selepas membuat laporan tersebut.

David Orok dilapor mempersenda dengan menuduh Nabi Ibrahim melakukan penzinaan dengan Siti Hajar sehingga melahirkan Nabi Ismail.

Manakala Siti Kasim pula mendakwa al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya dari Tuhan. – HARAKAHDAILY 13/9/2017

- Advertisement -