Kebakaran: MPS dituntut bayar pampasan

- Advertisement -

MAJLIS Perbandaran Seremban (MPS) diminta membayar pampasan kepada peniaga Pasar Besar Seremban yang terjejas teruk akibat kebakaran Sabtu lepas.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Sembilan, Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa berkata, PAS akan menghantar memorandum kepada MPS mendesak membayar pampasan sewajarnya kepada peniaga terbabit.

“MPS kutip sewa lot niaga dan lesen perniagaan. Lagi pun pasar terbabit di bawah pengurusan MPS, maka sewajarnya mengambil tanggungjawab membayar pampasan,” katanya selepas melawat kesan kebakaran di pasar tersebut semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Sembilan, Yau Con Seng dan Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Usahawan PAS, Nasarudin Baharudin.

Pada lawatan itu mereka menemui peniaga yang terlibat dengan kebakaran terbabit.

Khairil Anuar juga memberitahu kemungkinan penyelengaraan pendawaian elektrik yang kurang memuaskan punca kebakaran.

“Kami dimaklum beberapa peniaga kebakaran tersebut merupakan kali ketiga sejak pasar besar itu beroperasi pada 1978. Dua kebakaran sebelum ini tidak teruk,” katanya.

Pada kejadian Sabtu lepas hampir keseluruhan tingkat atas Pasar Besar Seremban musnah. – HARAKAHDAILY 13/9/2017

- Advertisement -