ToT latih profesionalisme Jabatan Amal, Briged Muslimat

- Advertisement -

JABATAN Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS) & Jabatan Briged Muslimat Negeri Sabah (JBMNS) yang merupakan entiti daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan program Training Of Trainers (ToT) pada 8 hingga 10 September lalu.

- Advertisement -

Program yang diadakan di Permai D’Valley, Kg Ratau, Tebobon, Kota Kinabalu ini bertujuan menambah kualiti profesionalisme JAMNS dan JBMNS yang terkenal dengan misi kebajikan serta kesukarelawanan.

Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu telah dikendalikan oleh jurulatih pusat iaitu Tuan Zulkifli Bin Mahyuddin, Ketua Jurulatih Briged Amal Malaysia bersama Tuan Wan Faisal Wan Abdullah, Pegawai Bahagian Pentadbiran Jabatan Amal Malaysia.

“Antara latihan yang diadakan semasa program ialah protokol kawalan keselamatan, protokol komunikasi / semboyan, teknik asas kecemasan, kawad kaki, protokol penurunan bendera dan sebagainya,” kata Tuan Masru Mustaqeem yang merupakan Pengarah Program.

“Saya berharap segala ilmu yang telah dipelajari ini dapat dipraktikkan oleh anggota semasa bertugas di mana-mana program PAS di seluruh Sabah mahupun semasa mengadakan aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan”, tambahnya yang juga merupakan Pengarah JAMNS.

Sementara itu, Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh  Dr Aliakbar Gulasan, Setiausaha PAS Sabah.

Dalam ucapan perasmian beliau menyentuh berkaitan kesungguhan dalam menjalankan tugas dan beramal.

“Apabila kita diberi tugasan hendaklah buat bersungguh-sungguh dan amalan itu hendaklah disandarkan kepada Allah,”.

“Jadikan moto “Beramal Kerana Allah” itu sebagai suntikan semangat kepada kita untuk terus ikhlas  dalam menjalankan tugas,”.

“Saya berharap agar ilmu yang berharga ini dapat digunakan semasa bertugas kelak dan dipanjangkan kepada anggota-anggota JAMNS dan JBMNS diperingkat kawasan,” kata Dr Aliakbar. – HARAKAHDAILY 12/9/2017

- Advertisement -