Projek perumahan RM90 juta di Kota Jembal

- Advertisement -

KOTA Jembal yang terletak tidak jauh daripada kediaman Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal berubah wajah tidak lama lagi.

- Advertisement -

Projek perumahan bercampur bernilai RM90 juta akan menempatkan 242 unit rumah bakal dibangunkan di kawasan tersebut.

Projek itu biar pun baru dipecah tanah hari ini, namun mendapat sambutan menggalakkan, di mana lebih 60 peratus projek fasa pertama berjaya dijual.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, permintaan rumah di Kelantan semakin meningkat sekarang.

Katanya, projek Kota Jembal mendapat permintaan tinggi kerana kedudukannya strategik antara Kota Jembal, Kubang Kerian dan Bachok.

Turut hadir pada program itu Pengerusi SPP Development Sdn Bhd, Datuk Hassan Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbandanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail.

- Advertisement -