Penduduk dakwa kilang haram punca bau busuk

- Advertisement -

BIARPUN pelbagai usaha diambil namun kilang yang didakwa beroperasi secara haram di Taman Suria Buluh Kasap, Segamat tetap meneruskan operasinya.

- Advertisement -

Kilang mengitar semula plastik dan bateri terpakai masih beroperasi sehingga hari ini.

Sedangkan laporan polis sudah dibuat penduduk. Malah Pegawai Daerah juga pernah memaklumkan akan mengambil tindakan memotong bekalan elektrik di kilang tersebut.

Janji itu dibuat pada satu pertemuan dengan penduduk sebelum ini. Aduan dibuat kerana penduduk mendakwa mereka terpaksa menghidu bau busuk dari kilang tersebut.

Dan kelmarin demonstrasi secara aman diadakan penduduk bagi menuntut pihak berkuasa bertindak menutup kilang terbabit.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Parlimen Segamat, Khairul Faizi Ahamd Kamil berkata, penduduk sudah tidak sabar masalah pencemaran bau yang mereka alami sejak sekian lama.

“Penduduk mendesak pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pemilik kilang tersebut,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan itu. – HARAKAHDAILY 12/9/2017

- Advertisement -