Sembang santai dekati masyarakat setempat

- Advertisement -

SEMBANG Santai program anjuran Lajnah Penerangan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal (LPHM DMPKNT) dengan kerjasama Surau Nurul Hakim Sg Bakau yang berlangsung semalam (10 September) meriah dengan kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.  

- Advertisement -

Program yang bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir jam 1.30 ptg dimeriahkan dengan berbagai-bagai acara yang menarik antaranya pertandingan memasak gulai telur, peraduan mewarna untuk kanak-kanak,  persembahan nasyid dari pelajar Pasti,  Qasidah,  gerai-gerai jualan dan bermacam lagi.  Kaunter SPR juga dibuka untuk semakan daftar pemilih. Dan yang paling menarik aiskrim percuma diberikan kepada pengunjung yang hadir.  

Ahli panel jemputan Sembang Santai,  Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali, Adun Merbau Pulau juga selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah dan Ir Ahmad Rafaei Datuk Ir A Rashid, Timbalan ketua Pemuda PAS Pulau Pinang membicarakan tentang ibrah Qurban dan pengertian sebuah pengorbanan.  

Turut hadir Datuk Dr Khairuddin At-Takiri, Bendahari Dewan Ulama’ PAS Pusat diiringi YDP PAS Kawasan Nibong Tebal Muhammad Ahmad.

Pengarah program juga Ketua Penerangan DMPKNT, Nor Hazleana Baiduri, berkata objektif program ini bertujuan selain berkongsi ilmu tentang Ibrah Qurban, adalah untuk mendekati masyarakat setempat, saling kenal-mengenal di samping mengeratkan lagi silaturahim. Sebagai salah satu usaha menghadapi PRU14 nanti.

Malah pengerusi Surau Nurul Hakim, Sg Bakau, En Faizal Hussain dan ahli jawatankuasanya begitu berbesar hati dengan mengadakan kenduri rakyat bagi meraikan majlis tersebut. Menurut beliau semua program boleh dijalankan asal tidak melanggar syariat. Hanya dengan Islam sahaja dapat menyatukan ummah. Beliau juga membacakan firman Allah SWT:

ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]

Program ini berjaya dan mencapai sasaran seperti yang diharapkan dengan sokongan yang positif dari penduduk setempat. – HARAKAHDAILY 11/9/2017

- Advertisement -