Projek hartanah bernilai RM1.5 bilion di Kelantan

- Advertisement -

RAKYAT Kelantan berpeluang meninjau projek hartanah bernilai lebih RM1.5 bilion sempena Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) peringkat negeri.

- Advertisement -

Program itu akan berlangsung selama empat hari bermula 14 September ini di pusat membeli belah G Orange, di Tunjung.

Pengerusi Penganjur Mapex, Datuk Samsuri Awang Mat berkata, lebih 6,200 projek hartanah pelbagai jenis termasuk kondominium, banglo, rumah berkembar dan rumah teres akan dipamerkan.

“Sebanyak 10 syarikat perumahan mengambil bahagian pameran kali ini. Antaranya, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Binaraya PKINK Sdn Bhd, SPNB Aspirasi Sdn Bhd dan SBJ Binajaya Sdn Bhd,” katanya di Kota Bharu.

Syarikat lain MSO Corporation Sdn Bhd dan Sensatimur Sdn Bhd.

Samsuri juga berkata, pameran terbabit memasuki tahun ke-19 turut mendapat kerjasama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Katanya, penganjur menjangka seramai 5,000 pengunjung hadir pada pameran tersebut. G-Orange turut menawarkan promosi hebatnya ‘Jualan Tok Kelik Modal’.

Hadir sama pada sidang media itu Bendahari Rehda Kelantan, Oie Poh Choon dan Pegawai Perhubungan G-Orange, Wan Nor Atiqah Wan Rahim.– HARAKAHDAILY 11/9/2017

- Advertisement -