ADN Seri Serdang gerakkan sumbangan untuk Rohingya

- Advertisement -

KEZALIMAN dan keganasan di luar  batas  kemanusiaan terhadap umat Islam Rohingya di  Arakan, Myanmar telah mencetus  rasa  keprihatinan Adun  Seri  Serdang, Noor Hanim Ismail.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau telah menggerakkan  masyarakat setempat dengan mengadakan kutipan sumbangan bagi membantu etnik Rohingya yang kini sedang hidup dalam kesengsaraan.

“Saya  bersyukur, isu kezaliman kaum Rohingya ini ada kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia  untuk membantu mereka menerusi tabung sumbangan kemanusian yang diwujudkan.

“Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Adun Seri Serdang mendapat sambutan dari masyarakat  awam, surau dan masjid serta masyarakat bukan Muslim.  

Dewan  Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Puchong turut menyalurkan sumbangan kepada pejabat kami,” ujar beliau.

Sebanyak RM9,043.70 sumbangan awal berjaya dikumpulkan dan telah diserahkan kepada Bendahari Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief)  Mohd Adram Musa, di sini semalam.  

Sumbangan tersebut akan dibawa pada misi bantuan tersebut yang telah berlepas ke Cox’s Baazar, Bangladesh pada pagi ini diketuai Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor.

Delegasinya turut disertai sukarelawan lain antaranya Awang Solahuddin dari Kedah dan Shahir Abu Hassan dari Selangor yang akan memasuki kem pelarian bagi menyampaikan sumbangan.

Sejak beberapa minggu lalu, ratusan ribu etnik Rohingya lari ke sempadan Bangladesh apabila kampung halaman mereka diserang pihak tentera kerajaan, tentera politik dan pelampau Buddha.

Ratusan yang lain juga terbunuh, selain mati lemas dan pelbagai akibat lain sepanjang pelarian dan keadaan sukar di kem-kem diwujudkan secara terdesak di sempadan Bangladesh.

PASRelief kini sedang menggerakkan usaha secara besar-besaran serta berkolaborasi bersama NGO lain untuk tindakan misi kemanusiaan dan bantuan segera yang amat kritikal ketika ini.

Ketika sama, PAS dan banyak pihak di serata dunia turut mendesak dan menuntut tindakan segera ke atas Myanmar yang ternyata sedang melakukan kezaliman dan penghapusan etnik di negara itu.

Orang ramai yang berhasrat menyumbang boleh menyalurkan ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS Pusat (Maybank 5640 7061 1352) dan boleh mendapatkan keterangan lanjut di talian Pengarah 012-596 9220 atau Bendahari 013-384 5555. – HARAKAHDAILY 10/9/2017

SeriSerdang 2

SeriSerdang 3

- Advertisement -