PRU14: Umno terdesak lantik Pengerusi FGV

- Advertisement -

TINDAKAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), menggambarkan betapa terdesaknya Umno BN untuk hadapi Pilihan raya Umum ke-14 yang semakin hampir.

- Advertisement -

roslanesaIni dakwa Presiden NGO Generasi, Ustaz Roslan Md Esa, jika tidak nembuat pelantikan pengerusi baharu FGV itu Umno akan menemui ‘maut’.

“Kita dapat maklumat dan diketahui umum Felda hadapi krisis kewangan yang sangat kritikal. Aliran tunai RM10 bilion zaman bekas pengerusi dahulu Tan Sri Isa Samad cukup-cukup sehingga Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad tak mampu buat apa-apa tetapi dia tak menyalahkan orang terdahulu,” katanya.

Namun katanya, rakyat  menilai dan peneroka dan generasi kedua Felda sedang memerhati.

Oleh itu, katanya pelantikan Azhar itu diharapkan boleh membuat sesuatu dalam keadaan pelabur berasa sangsi serta mempertikaikan tentang ketulusan pentadbiran, ketirisan, hilangnya tanggungjawab, tiadanya akauntabiliti sebagai seorang yang diberi amanah setelah melihat Isa menjadi ikon kerosakan Felda.

Tidak keterlaluan, katanya kesilapan juga berpunca daripada Najib juga dan tidak membaikinya daripada zaman mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri.

Dakwanya, di zaman Mahathir, Felda diswastakan kemudian kerosakan itu tidak dibaiki oleh Najib.

“Kita berterima kasih kepada ayahanda Najib, Tun Razak Husein yang ambil berat tentang kesusahan jerih perih rakyat kerana memberi tanah kepada mereka yang tidak ada tanah.

“Alhamdulillah peneroka boleh memiliki tanah dan rumah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, apa yang mendukacitakan, kerajaan  BN mengambil kesempatan untuk mempergunakan peneroka untuk menjadikan 54 parlimen di bawah Felda sebagai fixed-deposit  BN.

Juster, beliau berharap pengerusi baharu itu dapat membuat sesuatu dan mengembalikan semula kemegahan Felda.

“Kita yakin dengan pengalaman yang ada sebelum ini beliau boleh gunakan pengalaman itu untuk baik pulih Felda,” katanya lagi.

Media melaporkan Najib mengumumkan pelantikan Azhar sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baru, berkuatkuasa 8 September lalu. – HARAKAHDAILY 9/9/2017

- Advertisement -