Awas sindiket penipuan pakej umrah

- Advertisement -

ADVERTORIAL – Musim Umrah pada tahun 1439H akan bermula dalam anggaran sebulan lagi. Bagi anda yang bercadang untuk mengerjakan umrah pada musim ini akan mula mencari pakej-pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat serta ejen pengendali umrah. Di antara faktor utama pemilihan pakej umrah rata-rata menjadi keutamaan ialah faktor harga.

- Advertisement -

Namun begitu dalam keghairahan kita memilih pakej umrah murah ini haruslah lebih berhati-hati kerana acap kali ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menipu dengan pelbagai cara. Merujuk laporan daripada Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, merekodkan sebanyak 31 kes penipuan umrah dikenal pasti sehingga bulan Julai tahun ini yang membabitkan kerugian berjumlah hampir RM600,000.

LUQMANMenurut Pengerusi Fa Izin International Travel & Tours, Ustaz  Lukmanul Hakim Haji Hanafi, hampir kesemua kes yang berlaku berpunca daripada kecuaian diri sendiri yang terlalu mudah mempercayai pelbagai tawaran pakej yang murah dan menarik. Akibatnya mereka berasa sangat teruja dan terus membuat pembayaran setelah dipujuk oleh ejen yang tidak bertanggungjawab itu.

“Ada di antara mangsa penipuan ini tidak tahu pun nama syarikat pengendali umrah tersebut, entah ada atau tidak pun mereka tak tahu. Nama penuh ejen tersebut pun mereka tak ingat,” kata Ustaz Lukmanul Hakim lagi.

Ada beberapa cara yang dikenal pasti digunakan oleh sindiket ini untuk menipu mangsa. Antaranya mereka mengaku sebagai ejen bagi sesebuah syarikat umrah terkemuka. Tampil dengan watak ‘ustaz’ mampu meyakinkan mangsa untuk buat bayaran penuh. Namun apabila bayaran dibuat, individu tersebut menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi. Bila disiasat didapati dia bukan wakil syarikat tersebut.

“Ada juga yang menggunakan nama ustaz-ustaz yang terkenal di Malaysia sehingga dapat meyakinkan mangsa. Dan apabila bayaran penuh dibuat, ejen tersebut lari dan tak dapat dijejaki. Ini amat membahayakan. Bukan sahaja memburukkan nama baik ustaz yang tidak tahu pun akan namanya dipergunakan, bahkan menjejaskan imej agamawan di mata masyarakat seluruhnya,” tambah Ustaz Lukman lagi yang juga merupakan pengacara rancangan Ustaz Pilot di TV Al Hijrah.

“Kami di Fa Izin International Travel & Tours Sdn Bhd sentiasa memberi latihan serta memantau ejen-ejen serta cawangan-cawangan kami di seluruh Malaysia agar sentiasa peka dan prihatin dalam memberikan servis serta komitmen yang tinggi kepada bakal-bakal tetamu Allah yang berniat untuk mengerjakan umrah bersama kami,” katanya lagi.

Akhirnya sebagai pengguna hendaklah mengambil iktibar dengan segala kejadian penipuan yang berlaku. Angka 31 kes penipuan pada musim lepas tidak boleh dipandang mudah. Kita tidak mahu lagi mendengar masalah ramai yang tersadai di KLIA kerana ditipu ejen yang tidak bertanggungjawab. Rujuk dan dapatkanlah nasihat daripada pihak berkuasa sebelum memilih pakej yang ditawarkan.

“Janganlah mudah terpedaya dengan tawaran pakej umrah terlalu murah. Pastikan beli pakej umrah daripada syarikat yang berdaftar dan berpengalaman mengendalikan umrah,” nasihat Ustaz Lukman lagi.

Untuk mengetahui 10 perkara bagaimana mengelakkan diri anda menjadi mangsa penipuan pakej umrah, sila klik link berikut: http://bit.ly/Faizin            

- Advertisement -