Terbukti DAP pemilik ‘kandangnya’

- Advertisement -

SUKA hati melihat masing-masing pimpinan tertinggi Pakatan Harapan berebut-rebut, sahut menyahut dalam membalas kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa undi PH adalah bererti memberi undi pada DAP.

- Advertisement -

Pembelaan bersungguh ini menggambarkan bagaimana kebalnya DAP bahkan ia menunjukkan DAP benar-benar berkuasa dan dominan dalam PH. Taatnya parti kompenan PH pada DAP, belum keluar apa-apa arahan sudah bertindak dalam membelanya, sehingga Tun Mahathir sendiri keluarkan kenyataan.

Bijak Tun M mengalih isu “warkah Anwar undang masalah” tenggelam dengan menggulakan parti kompenan. Lupa terus kebiadaban Tun M terhadap Ketua Umum PH itu yang masih beratap “rumah besi” angkara bekas Perdana Menteri yang ke-4 itu.

Lebih menarik pimpinan DAP diam seribu bahasa melihat bagaimana “juak-juak”nya mempertahan partinya. Bukan level Pemuda PH yang menyuarakan kemarahan dan ketidakpuasan hati tapi pimpinan tertinggi PH. “Bisa” juga kenyataan Ketua Pemuda PAS ini.

Di mana salahnya kenyataan Ketua Pemuda PAS itu? Sememangnya DAP adalah sebahagian daripada anggota parti kompenan PH. Sehari-hari pimpinan PH “berwirid” bahawa PAS tongkat Umno, PAS beri nyawa pada Umno padahal sehingga saat ini pun PAS masih bersendirian bahkan menyatakan komitmen akan pertahankan kerusi tradisi yang PAS bertanding sebelum ini berlawan Umno.

Sejak sekian lama DAP amat memusuhi Islam. Agenda Islam yang hendak diperkasakan, akan ada reaksi DAP menentangnya, kini tidak perlu lagi bersusah payah, “sekawan” membelanya. Sah!! DAP pemilik kandangnya.

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 8/9/2017

- Advertisement -