Ayuh bantu Misi Kemanusiaan ke Rohingya

ReliefRoh
- Advertisement -

MISI yang keempat PASRelief kali ini ke kem pelarian Muslim Rohingya di Bangladesh. Kem Cox’s Bazar. Kem ini  terletak di Kutupalong, Balokhi, Teknaf dan lain-lain.

- Advertisement -

Untuk kem pelarian yang akan dilawati kali ini ialah kem pelarian yang baru datang yang jumlahnya dianggarkan 200,000-300,000 di Thankhali. Misi kali ini disertai oleh tiga orang iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat  merangkap Pengarah PAS Relief Sanusi Md Noor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS WP merangkap AJK PAS Titiwangsa Mohd Shahir Abu Hassan dan TYDP PAS Pendang Awang Salahuddin Hashim.

Misi ini dijadualkan pada 10-14 September 2017. Semuanya tertumpu di kawasan tersebut. Antara sasaran utama misi ialah mendapatkan gambaran tentang keperluan pelarian seperti keperluan khemah dan makanan, serta keperluan telaga tiub untuk keperluan sumber bekalan air bersih,  untuk minuman, tandas dan tempat mandi. Perkara ini adalah isu utama di mana-mana kem pelarian – khemah, sanitasi dan keselamatan.

Di Thankhali, penduduk tempatan mengambil inisiatif apabila membuka kem sendiri. PASRelief terpanggil atas kewajipan sosial sesama Islam ini.

PASRelief akan pergi dengan sejumlah wang yang dikumpulkan daripada sumbangan entiti PAS dan juga orang ramai, masjid dan juga surau di seluruh negara dan masih memerlukan lagi sumbangan orang ramai untuk mencukupkan bekalan.

Bantuan boleh disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352 (Maybank)

Hakikatnya berapa banyak yang ada pun tidak mungkin dapat mampu menampung keperluan sebenar yang diperlukan di sana tapi PASRelief akan bantu sedaya yang boleh dengan kedudukan kewangan yang kita ada. – HARAKAHDAILY 7/9/2017

ReliefRoh

- Advertisement -