Guna jentera kerajaan lebih bahaya daripada tambang pilihan raya

- Advertisement -

TAHNIAH Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) yang agresif memerangi rasuah di negara ini. PAS konsisten menentang rasuah, bukan sahaja slogan tetapi dilaksanakan di dalam amalan. PAS bukan seperti orang lain, cakap berdegar-degar tetapi terpalit dengan rasuah.

- Advertisement -

Terbaru  Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata tawaran elaun perjalanan bagi menarik perhatian pengundi untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing dianggap sebagai rasuah.

Cadangan ini agak janggal sedikit, kalau tambang menambang pun dianggap rasuah. Kalau boleh bukan sahaja tambang menambang sewaktu pilihan raya sahaja menjadi kesalahan rasuah. Sebaliknya SPRM kena lebih agresif untuk menangkap mereka yang memang sogok pengundi dengan wang dan benda kepada pengundi.

Sepatutnya  SPRM kena memasukkan juga salah satu kesalahan rasuah ialah janji projek yang ditabur oleh menteri, exco dan agensi kerajaan sewaktu masa berkempen. Ini lebih besar bahaya kepada perjalanan pilihan raya.

Janji dan projek yang diluluskan sewaktu musim pilihan raya lebih membuatkan fikiran pengundi menjadi kacau. Ia menjadikan pertandingan di atas padang yang tidak sama rata. Ia memberi kelebihan kepada mana-mana kerajaan yang memiliki semua kemudahan dan kewangan. Penggunaan jentera kerajaan lebih merbahaya daripada tambang kepada pengundi.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
12 Zulhijjah 1438 / 3 September 2017 – HARAKAHDAILY 3/9/2017

- Advertisement -