Duit minyak pengundi luar balik mengundi dikira rasuah?

Dr Azman1
- Advertisement -

KALAU benar peraturan ini dikuatkuasakan dan tidak dibenarkan sama sekali mengagihkan duit minyak kepada pengundi luar yang balik mengundi, sungguh ia suatu malapetaka bagi Umno/BN. Tanpa duit minyak, majoriti pengundi luar Umno/BN akan sangat keberatan untuk balik mengundi.

- Advertisement -

Musim pilihan raya adalah waktu dan peluang mereka nak dapat duit. Lepas mengundi maka beraturlah mereka nak terima duit. Bukan setakat duit minyak, malah duit saku sekali gus. Ada juga pengundi Umno/BN yang mari minta duit minyak kat kita calon PAS. Pendek kata duit dari Umno mereka sapu, dengan kita pun mereka mencuba nasib kalau ada rezeki. Tak ada istilah malu dalam bab duit.

Pengalaman 2 kali menjadi calon PAS dalam PRU12 dan PRU13, memang kita ada sediakan sedikit duit minyak untuk pengundi dari jauh yang balik mengundi. Bukan duit dari calon sebab calon tak ada duit. Tetapi atas usaha dan inisiatif dari cawangan PAS yang berusaha mengumpulkan kewangan dengan pelbagai ikhtiar termasuk dengan tabung buluh. Orang kampung yang kerja sawah, menoreh getah, kebun kelapa sawit, tanam sayur dan pelbagai lagi kerja sama-sama memberikan infaq kepada perjuangan. Sebahagiannya digunakan untuk menampung sedikit keperluan duit minyak anak-anak perantau yang pulang mengundi.

Tetapi saya sahkan bahawa ramai anak-anak perantau yang balik mengundi PAS tak minta dan tak ambil duit minyak. Hanya yang benar-benar memerlukan sahaja yang ambil. Kita akui bukan semua anak perantau berkemampuan untuk menampung kos perjalanan balik mengundi di Jabi khususnya yang tinggal jauh seperti di Pulau Pinang, Lembah Kelang dan selatan tanah air. Malah ramai juga anak-anak perantau yang balik dan menghulurkan sumbangan kewangan kepada parti.

Kita selalu tekankan kepada anak-anak perantau bahawa mengundi ialah satu kewajipan terhadap Islam. Kita turut bersamamenyumbang satu undi kepada parti Islam demi untuk melihat syariat Allah ditegakkan. Pulang mengundi ialah kewajipan kita. Ia bukan kewajipan calon pilihan raya dan pilihan raya bukan urusan calon semata-mata. Ini adalah urusan kita bersama.

Kalau orang kampung yang kerja membanting tulang di bawah panas terik matahari boleh bersama menyumbang ‘samah seriyal’ kepada perjuangan, tak kan kita anak rantau di kota besar juga tak boleh melakukan hal yang sama. Tambahan pula pilihan raya hanya 4 atau 5 tahun sekali. Kalau kita kumpul 50 sen sehari sebagai dana untuk PRU, dalam masa 4 tahun, RM720 akan berjaya dikumpulkan untuk belanja balik mengundi. Ianya sudah lebih dari mencukupi. Apa yang penting ialah kita mengubah minda dan cara berfikir.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
3 September 2017 – HARAKAHDAILY 3/9/2017

- Advertisement -