Siapa dalang disebalik pembantaian Rohingya?

- Advertisement -

SELAIN China dan India, rakyat Malaysia dan musyrikin Rakhine yang bekerja di negara ini membiayai pembantaian ke atas Muslim Rohingya.

- Advertisement -

China menjadi pelabur, pendana, penyumbang dan menguasai ekonomi dan politik Myanmar. India menjadi kuasa negara luar yang kedua terbesar menanam modal di Myanmar. Projek pelabuhan, saliran paip minyak,  pembinaan lapangan terbang baru dan jajaran jalan raya sedang rancak di wilayah majoriti muslim di Arakan. Bekalan elektrik jugak sedang diperluaskan ke bahagian pedalaman wilayah itu.

RohiGenocide 1Dua kuasa baru ekonomi dan politik Asia ini segera mendorong regim junta yang terkenal dengan kekejaman dan amalan rasuah membantai Muslim Rohingya dia Arakan. Mereka mahu kuasai tanah dan wilayah yang paling stretegik di Arakan.

Selain junta, parti politik etnik Rakhine dan sami-sami buddha juga mengambil kesempatan menjalankan pembunuhan untuk menguasai geopolitik dan geoekonomi di bahagian Barat Myanmar.  Parti politik etnik Rakhine memiliki unit bersenjata mereka sendiri yang dikenali sebagai Arakan Army.  

Sebahagian besar pembiayaan untuk memperoleh senjata, menggaji pasukan ini untuk menjalankan aktiviti keganasan ke atas Muslim Rohingya diperoleh daripada kalangan etnik itu yang bekerja di Malaysia. Pembiayaan juga diperolehi atas nama agama buddha dan program pengumpulan dana sentiasa berjalan. Dimaklumkan kepada saya oleh rakan-rakan dari Myanmar, aktiviti mengumpulkan dana mereka sering dilakukan di Ipoh dan Pulau Pinang.

Walaupun junta di peringkat kerajaan pusat Myanmar dengan parti politik etnik Rakhine sedang bertelagah tentang penguasaan wilayah,  autonomi dan kemerdekaan,  mereka menjadi regu yang intim dalam aktiviti pembunuhan, pengusiran dan kekejaman untuk memastikan Muslim Rohingya dapat dilenyapkan dari waliyah Arakan.

Ketakutan tentang kadar pertambahan penduduk dari kalangan Muslim Rohingya akan membahayakan penganut dan kerajaan buddha sentiasa diapi-apikan di kalangan rakyat dan birokrat Myanmar. Kata mereka, jika Rohingya dibiarkan hidup bebas, Myanmar akan menjadi negara Muslim seperti Indonesia dan Malaysia. Keagungan kerajaan hindu telah menjadi sejarah dengan kedatangan Islam.  

Kekejaman dan pembunuhan sekarang ini sedang dan  akan terus disebarkan seluas-luasnya sebagai propaganda politik bagi menimbulkan rasa takut dan tidak selamat dalam kalangan muslim Rohingya.  

Ini adalah fasa terakhir operasi genocide selepas kerakyatan mereka dilucutkan, kegiatan ekonomi, pendidikan, aktiviti sosial, hak mengundi, akses rawatan kesihatan, kemudahan asas dan penyertaan dalam politik mereka dinafikan sejak 1962.

RohiGenocide 3Auun San Suu Kyi adalah pemerintah boneka Myanmar, tunduk kepada junta tentera, kuasa China dan India. Tambahan pula, dia sentiasa hidup dengan dokongan kuat sami-sami buddha yang sebahagian mereka menyertai gerakan pelampau 969 pimpinan Ashin Wirathu.

Sekurang-kurangnya tiga ‘talian hayat’ daripada luar yang perlu ‘dipotong’ untuk menamatkan genocide terhadap Muslim Rohingya di Arakan.

I. China.
2. India  
3. Penyumbang dana daripada Malaysia – tenaga kerja asing  dari Myanmar dan pendana atas nama  agama buddha.

Myanmar pasca demokrasi (wayang)  telah muncul sebagai pusat pelaburan dan pasaran yang besar bagi kuasa-kuasa besar dan para kapitalis. Selain projek pembangunan infrastruktur, paip minyak merentasi daratan ke China, pelabuhan, hasil bumi berupa minyak dan gas, laluan perdagangan di perairan Arakan telah dilalui kapal sejak ratusan tahun lalu.  

Kepala junta dan boneka politik boleh dibeli  dan sedia menjual diri. Keuntungan dan bisnes bernilai bilion dollar sedang menanti para pelabur dari Indonesia, Malaysia, Singapura,  Korea, Jepun dan beberapa negara barat. Kelibat mereka berpakaian segak boleh di lihat ditengah-tengah konflik kemanusiaan itu, berunding dengan kepala junta di hotel dan padang golf di Akyab (Sittwe). Di Yangon dan Naypyidaw (pusat pentadbiran kerajaan baharu) tidak perlulah diceritakan.  

Mengusir keluar tenaga kerja asing Myanmar dari negara kita boleh memutuskan satu talian hayat para pembunuh Muslim Rohingya. Beranikah Malaysia? – HARAKAHDAILY 31/8/2017

Penulis ialah Pengarah PASRelief

- Advertisement -