Jalan baharu makin bertambah di Kelantan

- Advertisement -

BAGI mereka yang sudah lama tidak datang ke Kota Bharu tentunya agak terkejut melihat rangkaian jalan yang semakin bertambah.

- Advertisement -

Sedangkan sebelum ini sering disebut Kelantan negeri miskin, namun kepemimpinan ulama membuktikan mereka juga mampu mentadbir biar pun sering berdepan banyak kerenah politik kerajaan pusat.

Dan tahun ini sebanyak RM21.1 juta diperuntuk kerajaan negeri untuk memperluaskan sistem rangkaian jalan negeri.

Antaranya projek menaik taraf Jalan Pasir Hor ke Pasir Jelatang dan Pasir Tumboh. Laluan itu bakal menjadi jalan pintas dari Kota Bharu ke Bachok dan Pasir Puteh.

Jalan tersebut yang kini sedang dalam pembinaan dapat mengelakkan kesesakan di Bandar Baru Kubang Kerian dan Wakaf Che Yeh.

Penghulu Pasir Hor, Syed Rosmadi Syed Zin berkata, jalan baharu sepanjang 3.62 kilometer dari Batu 4 Pasir Hor ke Pasir Tumbuh sedang dalam pembinaan sekarang.

Katanya, projek itu mula dilaksanakan 15 Februari lepas dan dijangka siap akhir tahun depan yang menghubungkan empat kampung dalam Dun Pasir Tumbuh.

“Kampung terbabit iaitu Kampung Parit, Kampung Seribong, Kampung Pasir Jelatang dan Pasir Hor dibina sebagai laluan pintas ke Bandar Satelit Pasir Tumbuh,” katanya ketika ditemui di sini.

Difahamkan projek tersebut melibatkan kos sebanyak RM18.5 juta.

Oleh itu beliau merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri membina laluan baru Pasir Hor ke Pasir Tumboh melalui Kampung Pasir Jelatang dan Kampung Seribong dan Kampung Parit. – HARAKAHDAILY 30/8/2017

- Advertisement -