Tahniah Azizulhasni, emas 111 buat Malaysia

- Advertisement -

SAYA panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana kejayaan Azizulhasni Awang mengukir sejarah mengesahkan pingat emas acara 200 meter pecut individu lelaki di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai semalam.

- Advertisement -

Pingat emas yang dimenanginya memahat sejarah menarik apabila menjadi pungutan pingat ke-111 menepati sasaran pingat emas negara untuk pasukan Sukan Sea Malaysia kali ini.

Sudah tentu kejayaan ini menjadi kebanggaan warga Dungun semua. Tidak lupa juga kepada penyumbang pingat ke-110, juga anak Terengganu, Fatehah Mustapa menerusi acara pecut individu wanita dan seluruh atlet Terengganu yang lain.

Kami warga Dungun sekali lagi mendoakan Azizulhasni terus mencipta kejayaan demi kejayaan untuk  Terengganu dan Malaysia pada masa akan datang.

USTAZ WAN HASSAN MOHD RAMLI
Ahli Parlimen Dungun / Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun. – HARAKAHDAILY 29/8/2017

- Advertisement -