Memali: Pihak Kerajaan Wajar Akui Kesilapan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kongres Rakyat menegaskan, membangkitkan isu ‘amanat’ Tuan Guru Abdul Hadi dengan mengaitkannya dengan tragedi Memali adalah tidak wajar kerana sudah mengalih perhatian daripada isu sebenar yang berlaku.

- Advertisement -

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tragedi Memali sepatutnya dilihat secara objektif dan memberi tumpuan serta pembelaan kepada mereka yang menjadi mangsa dan ahli keluarga mereka.

Menurutnya, jika ada tindakan-tindakan tertentu pihak kerajaan semasa tragedi itu yang jelas melakukan kesilapan, ia harus diakui dan tidak perlu disembunyikan siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam isu berkenaan dan bukan melarikan isu kepada ‘amanat’ Tuan Guru Abdul Hadi.

{mprestriction ids=”1,2,4,5,”}

“Hendak mengaitkan dengan ‘amanat’ itu sudah tidak relevan kerana ia hanyalah persepsi dan tidak boleh memusing cerita mengatakan Tuan Guru Abdul Hadi beertanggungjawab di atas peristiwa Memali,” katanya sewaktu dihubungi Harakah, 25 Ogos lalu.

Beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak menolak isu itu digembar gemburkan untuk memberi imej negatif kepada PAS dengan mengatakan isu berkenaan berpunca daripada PAS.

Katanya, secara tidak langsung mengaitakn ‘amanat’ Tuan Guru Abdul Hadi dengan tragedi Memali juga bagi mengalih perhatian pengundi muda yang tidak mengetahui isu sebenar untuk tidak memberi sokongan kepada PAS.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 dan mengorbankan 18 nyawa termasuk Ustaz Ibrahim Libya dan empat polis.

Ia kembali hangat susulan kekecohan semasa program Nothing to Hide 2.0 apabila terdapat hadirin bertanya tentang peristiwa berkenaan kepada Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program itu.

Susulan isu tersebut, Mahathir di dalam blognya mendakwa ‘amanat’ Tuan Guru Abdul Hadi ada kaitan rapat dengan insiden berdarah Memali pada 1985.

Bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa ‘Amanat Haji Hadi’ di Banggol Peradong pada 1981 itu mendorong tindakan melawan kerajaan yang dianggap jihad.

{/mprestriction}

- Advertisement -