PAS perlu terus maju bawa ‘Sejahtera Bersama Islam’

Foto hiasan.
- Advertisement -

PAS sedang bergerak bersama Gagasan Sejahtera membina imej negarawan dalam menghadapi PRU14 sedang PH berantakan bergaduh sesama sendiri.

- Advertisement -

takiri3“Umno BN juga sedang bergelut berusaha memulihkan imej dan pertembungan dalaman mereka,” ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi laman facebook.

Justeru, katanya PAS perlu kekal berpolitik berasaskan prinsip Islam dan mengemukakan penyelesaian Islam bagi masalah negara, enyokong dasar yang baik dan menentang dasar yang silap.

Menurutnya, GST adalah dasar yang salah yang menyebabkan berlakunya inflasi dan kerosakan ekonomi negara.

Tambahnya, penglibatan dengan riba dalam pengurusan kewangan kerajaan menghilangkan barakah ekonomi.

“Rasuah adalah buah dari jiwa pemimpin yang kemaruk kemewahan dunia.

“Skandal kewangan 1MDB, Forex, Perwaja,  BMF dan seumpama dengannya adalah manifestasi kegagalan dasar pengurusan perniagaan dan ekonomi yang tidak berprinsipkan Islam,” ujarnya.

Justeru itu, tambah beliau PAS perlu terus maju membawa moto ‘Sejahtera Bersama Islam’. – HARAKAHDAILY 28/8/2017

- Advertisement -