Jangan tindas Kelantan kerana politik – MB

- Advertisement -

KELANTAN menjalin kerjasama dengan Persekutuan membabitkan kepentingan rakyat, kata Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.

- Advertisement -

Lebih-lebih lagi katanya, Kelantan merupakan pintu masuk dari Thailand ke Malaysia.

“Kerana itu Kelantan tidak boleh dipinggirkan walaupun ia ditadbir parti lain. Apabila Malaysia diisytihar negara maju, Kelantan tidak boleh dipinggir begitu sahaja.

“Lagipun Kelantan terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand,” katanya selepas merasmikan Laman Mural Seni Budaya Tumpat di kawasan bebas cukai (KBC) Pengkalan Kubor hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman, Pengarah UPEN, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Fiessal dan Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Amin.

Pelbagai lukisan beridentitikan masyarakat Kelantan menghiasi bangunan di KBC Pengkalan Kubor.

Oleh itu Menteri Besar berkata, Kelantan tidak mahu ketinggalan dalam pembangunan apabila Malaysia diisytiharkan negara maju kelak.

“Jangan kerana politik kerajaan pusat pula menindas Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/8/2017

- Advertisement -