Media: Unsur yang sangat penting dalam perjuangan

t1
- Advertisement -

MEDIA merupakan satu unsur dan juzuk yang sangat penting serta menjadi tulang asas kepada perjuangan PAS.

- Advertisement -

Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI), Dr Azman Ibrahim berkata, contoh yang paling mudah apabila bangun pagi, perkara yang mula-mula sekali dilakukan ialah mengambil telefon dan membuka WhatApps tengok berita yang terbaru.

“Ini menggambarkan betapa pentingnya maklumat dan info terbaru kepada kita sekarang ini dan komponen inilah yang cuba diperkasakan dalam konteks parti PAS serta kami cuba untuk mengambil satu ruang dan juzuk penting untuk berada di medan ini.

“Dan apabila berada di medan perjuangan media, ianya memerlukan belanja yang sangat besar. Liputan kita bukan setakat dalam negara bahkan sehingga peringkat antarabangsa,” ujarnya pada majlis Makan Malam Amal Media 2017 Nr Café, Tok Jembal, malam semalam. Majlis itu anjuran Unit Media, Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu dengan kerjasama KAMI.

Menurutnya, kru media KAMI telah dihantar ke luar negara seperti Sudan, Dabur, Somalia, Gaza, Asam di India, Acheh, Bintanau dan beberapa buah negara lagi.

“Berita daripada kerja kru media KAMI juga diterbitkan dalam beberapa media arus perdana dan kita meletakkan sasaran KAMI untuk menjadi tulang belakang parti dari segi perjuangan media.

“Kalau liputan peristiwa-peristiwa penting dalam negara memang ini menjadi rutin dan tugas dan tanggungjawab.

“Jadi dalam melaksanakan tanggungjawab tugas jihad di medan media ini memang kita memerlukan satu sokongan kewangan yang kuat,” jelasnya dipetik Buletin Online.

Tambahnya, sahabat KAMI adalah insan di belakang tabir yang bekerja penuh keikhlasan untuk menaikkan parti dan memperkenalkan kepada orang lain walaupun dalam masa yang sama mereka tidak dikenali.

“Saya sebagai pengerusi KAMI rasa beruntung untuk berada dikelilingi sahabat-sahabat yang ikhlas berjuang tanpa sebarang kepentingan,” ujarnya lagi.

- Advertisement -