Tsunami Pemuda PAS dekati asnaf seluruh Selangor

- Advertisement -

TSUNAMI Hijau Pemuda PAS Negeri Selangor membuka tirai hari ini dengan program kebajikan mesra asnaf  yang disebut sebagai “A Day For Charity” (AD4C) Jabatan Amal Malaysia di hampir seluruh kawasan di Selangor.

- Advertisement -

“Kita mensasarkan program AD4C ini sebagi program bulanan pemuda di seluruh kawasan dengan menjalankan pelbagai jenis kerja kebajikan,” kata Pengarah Program Tsunami Hijau, Rosli Jusoh.

Hampir 50 asnaf disantuni setiap kawasan menjadikan lebih 1,000 penerima bantuan daripada Pemuda PAS Selangor telah diagihkan kepada golongan itu pagi tadi dan sehingga esok di seluruh negeri.

Tsunami Hijau adalah manifestasi Pemuda PAS dalam mempersiapkan dan persediaan jentera pilihan raya sebagai menyahut penegasan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Sallehen Mukhyi yang telah mensasarkan sekurang-kurangnya 42 Dun yang akan ditandingi PAS pada PRU14 akan datang.

Selain program kebajikan, tsunami kali ini juga menjalankan program santai mendekati anak muda kawasan Pandan dengan beberapa acara seperti bola sepak, futsal dan bola keranjang.

Di samping itu, hiburan santai busking pemuda PAS dan santai anak muda bersama pimpinan Pemuda PAS Pusat dan negeri juga diadakan. – HARAKAHDAILY 26/8/2017

ts1                      

- Advertisement -