Pertahankan PAS melalui media sosial

- Advertisement -

CYBERTROOPER PAS mesti bergerak membela PAS dan pemimpinnya yang diserang dalam media sosial. Saidina Ali sebut, ‘Pedang dengan pedang, Panah dengan panah’ Demikian diingatkan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam program Liqa’ Fikri PAS Pusat pagi tadi.

- Advertisement -

‘Di mana pemuda? Di mana Ameerah? Di mana unit Amal?’ soal YB Ustaz Idris kepada peserta Liqa Fikri.

Perkara ini sangat penting kerana komen-komen yang sangat negatif daripada cybertrooper musuh memberi persepsi negatif terhadap PAS dan pemimpinnya, walaupun perkara yang dikomen itu fitnah.

Justeru, program Liqa’ Fikri ini penting bagi menyelaraskan fikrah, pembawaan dan pendekatan yang diputuskan oleh kepimpinan dilaksana dengan satu nada oleh semua anggota parti.

Pembinaan asasnya ialah wehdatulqalb (kesatuan hati), wehdatulFikri, (kesatuan pemikiran) dan wehdatul-amal (kesatuan amal) bagi membentuk tarbiah dalam jemaah.

Mungkin ada yang rasa pandangannya lebih hebat tetapi apabila berada dalam jemaah, kita bersedia menerima keputusan. Inilah tujuan diadakan Liqa Fikri.

Ahli yang tidak hadir program seperti ini, biasanya, akan ada masalah.

Tajuk liqa hari ini berkait dengan PRU 14 kerana era hari ini kita memimpin di era langit terbuka.

Kalau ada orang yang dianggap baik, terima maklumat dari alat-alat canggih, segera percaya, maka bagaimana dengan orang lain?

Kita terima banyak maklumat tetapi yang boleh dipercayai hanya sedikit. Kemajuan teknologi seperti ini boleh mengganggu dan merencatkan perjuangan yang sebenar.

Ustaz Idris juga mengingatkan ahli agar bertanggungjawab terhadap akhbar Harakah supaya terus menjadi media yang hidup dalam kalangan ahli dan masyarakat, walaupun zaman ini, banyak akhbar yang merosot jualannya. Ini kerana Harakah dikira media cetak rasmi PAS. – HARAKAHDAILY 26/8/2017

- Advertisement -