RCI Memali: Rahim Noor lebih baik diam

- Advertisement -

SIAPA Rahim Noor hendak membuat tuduhan awal berlakunya tragedi Memali kerana amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau mendakwa TG Haji Abdul Hadi terlibat kerana As-Syahid Ibrahim Libya terpengaruh dengan amanat tersebut.

- Advertisement -

Saya hendak ingatkan Rahim Noor, Ustaz Ibrahim Libya bukan orang jahil dalam agama, beliau kelulusan tinggi. Pernah belajar di India dan Libya. Beliau pernah bertugas di Pusat Islam, kemudian letak jawatan untuk berkhidmat dengan orang kampung. Yang pastinya Ustaz Ibrahim Libya orang yang berakhlak dan alim dalam agama. Dia tidak pernah bertindak pukul orang sehingga cedera parah seperti yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.  

Saya hendak tanya pula Rahim Noor yang pukul Datuk Seri Anwar pula terpengaruh dengan amanat siapa? Etika kepolisan tidak berkelakuan seperti ini.

Sepatutnya beliau kena jaga keamanan dan keselamatan balai dan orang kena tuduh daripada perbuatan samseng daripada mana-mana pihak. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Lebih baik Rahim Noor diam daripada bercakap soal Memali dan membuat tuduhan yang melulu kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Rekod perkhidmatannya yang jijik tidak dapat diterima oleh masyarakat yang bertamadun.  Yang pastinya Rahim tidak layak kalau hendak dilantik  salah seorang anggota RCI. Anggota RCI mestilah orang yang memiliki syakhsiah dan jati diri yang baik dan ada rekod yang baik.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
29 Zulkaedah 1438 / 22 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 22/8/2017

- Advertisement -