Tragedi Memali bukan senjata PAS hadapi PRU

- Advertisement -

PAS tidak berhasrat menjadikan peristiwa Memali sebagai isu politik apa lagi untuk memancing undi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

- Advertisement -

Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peristiwa itu amat berat dan perlu diselesaikan.

“PAS langsung tidak mempunyai sebarang kepentingan politik dalam isu tersebut.

“Ini bukan soal menarik undi kerana isu tersebut memang sejak dahulu diperjuangkan PAS,” katanya selepas merasmikan Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ke-19 di sini, semalam.

Sebelum ini Timbalan Presiden Amanah (PAN) Salahuddin Ayub dilapor berkata, PAS sengaja menimbulkan kembali peristiwa Memali semata-mata untuk memancing undi orang Melayu menjelang PRU 14.

Peristiwa Memali yang menyaksikan 18 terbunuh kembali hangat susulan kekecohan yang berlaku di program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor.

Peserta tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – HARAKAHDAILY 21/8/2017

- Advertisement -