PAS tuntut dua RCI, 1MDB dan tragedi Memali

- Advertisement -

PAS mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi Memali yang berlaku pada November 1985.

- Advertisement -

titmTimbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perlu diingatkan bahawa PAS juga menuntut RCI ditubuhkan untuk 1MDB sejak 2015.

“Desakan menubuhkan kedua-dua RCI ini bagi melakukan siasatan rapi dan memberikan keadilan kepada semua pihak,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, pagi ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan bersedia menubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi Memali yang berlaku pada November 1985.

Katanya, RCI itu akan ditubuhkan jika ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang bagi mendapatkan maklumat sebenar kejadian itu demi kepentingan mangsa dan keluarga mereka.

“Walaupun (permintaan) dari parti berbeza, undang-undang tetap ditegakkan. Orang yang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang. – HARAKAHDAILY 21/8/2017

- Advertisement -